YAN: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir melahirkan rasa kesal dengan insiden petugas jentera Pemuda PAS menumbuk seorang anggota Wanita UMNO pagi ini, ketika proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sejak berjalan.
"Provokasi yang berlaku sama ada oleh orang luar atau orang (DUN) Sungai Limau, kesannya sama sahaja kerana ia memberi kesan negatif kepada pengundi BN (Barisan Nasional). Kita tidak beri respons setimpal, tidak perlu tindak balas.
"Sifat ini perlukan tahap kesabaran tinggi. Dari mula kempen PAS menguar-uarkan kempen politik damai dan kita harap dapat diterjemahkan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kita berprasangka baik dengan harapan pilihan raya kecil ini berjalan dalam suasana berhemah dan beradab," katanya ketika
ditemui di Pekan Simpang Tiga, Sungai Limau di sini hari ini.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Seputeh Datuk Azizah Abdul Samad hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berhubung Anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu Norsidah Abu Bakar mendakwa ditumbuk seorang petugas jentera Pemuda PAS di Sekolah Ulu Sedaka.
Sementara itu, Mukhriz berkata PAS masih menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi keluar mengundi.
"Keadaan jadi tidak terkawal. Empat, lima insiden yang berlaku sepatutnya boleh dielakkan tetapi ia terus berlaku bagi menakutkan pengundi," katanya.
Katanya taktik lain digunakan penyokong PAS dengan keluar beramai-ramai serta meletak kenderaan di tepi-tepi jalan supaya keadaan menjadi sesak dan menyusahkan pengundi.
Mukhriz berharap polis segera mengambil tindakan mengatasi masalah trafik supaya lebih lancar.

Post a Comment