Headlines News :
Home » » 4 PEMIMPIN SAYAP DILANTIK MT UMNO YANG BARU @azwanbro

4 PEMIMPIN SAYAP DILANTIK MT UMNO YANG BARU @azwanbro



- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan empat ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu bagi mewakili sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
Menurutnya, lantikan yang dibuat mengikut Perlembagaan parti itu melibatkan Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd. Dun; Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarikh Khan.

Beliau berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan kekal memegang jawatan yang disandang sebelum ini.
“Kita juga mengambil keputusan supaya kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput untuk turut hadir dalam MT supaya mereka dapat memberi pandangan.

“Mengikut Perlembagaan parti, Presiden mempunyai kuasa melantik sembilan lagi ahli MT tambahan. Nama-nama mereka akan diumumkan awal minggu depan, tidak malam ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Shamsuddin dan Tengku Adnan.

Najib turut mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan-badan Perhubungan UMNO negeri.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UMNO menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Muhyiddin bagi meneliti cadangan penambahbaikan terhadap proses pemilihan UMNO.

“Jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk menerima cadangan penambahbaikan tanpa mengorbankan prinsip fundamental iaitu pemilihan dilakukan oleh bilangan ahli yang ramai," ujarnya.
Selain itu, menurut Najib, sebuah lagi jawatankuasa khas yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid diwujudkan bagi meneliti segala bantahan berkaitan proses pemilihan parti baru-baru ini.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger