Headlines News :
Home » » PEMILIHAN UMNO : KEJUTAN CALON YANG BERTANDING BERLAKU DI P.PINANG

PEMILIHAN UMNO : KEJUTAN CALON YANG BERTANDING BERLAKU DI P.PINANG




PERMATANG PAUH  -   Ketua Pemuda UMNO P.Pinang ,  Dr Ir Shaik Hussein Mydin  merupakan antara pemimpin yang awal menyerahkan borang pencalonon kepada jawatakuasa pemilihan UMNO 2013.



Beliau  menyerahkan borang pencalonan untuk di Dewan Sri Mutiara Politeknik Sbrg Perai  di sini YANG  dibuka pukul 8 pagi.




 Urusetia Umno menerima  borang pencalonan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh ,Mohd Zaidi Hj Mohd Said  yang dilihat hadir sendiri 10.00 pagi bagi menghantar borang pencalonan untuk bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh .




Dato Zainal Abidin Osman  yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang  menyerahkan borang pencalonan   mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal .


Datuk Seri  Dr Hilmi Yahya   yang juga Timbalan  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang  menyerahkan borang pencalonan   mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau  .




Beberapa kejutan turut disaksikan setakat pukul 12  tenghari  ini antaranya apabila bekas Adun Permatang Pasir   , Datuk Ahmad Saad  menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh  dan Calon BN di Parlimen Prmtg Pauh di PRU13 , Dr Mazlan Ismail bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh .

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger