Headlines News :
Home » » ZAIDI & PASUKAN TRANSFORMASI TEKAD TAWAN PERMATANG PAUH DI PRU 14

ZAIDI & PASUKAN TRANSFORMASI TEKAD TAWAN PERMATANG PAUH DI PRU 14



PERMATANG PAUH 21 Sept. - Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh menetapkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai misi menjatuhkan penguasaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Ahli Parlimennya yang juga Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, tanggungjawab itu perlu dilaksana bagi memastikan orang Melayu di kawasan tersebut tidak terus terpinggir meskipun banyak projek pembangunan di sekitarnya berjalan rancak.

Menurutnya, kesannya boleh dilihat ketika ini selepas bilangan bukan Melayu mencapai 28 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berbanding 15 peratus pada 1998.

"Kalau UMNO tidak buat sesuatu, peningkatan jumlah pengundi bukan Melayu semakin ketara. Sebab itu kita perlu ada perubahan.

"Anwar bukanlah begitu disukai pengundi di sini, tetapi UMNO tidak lakukan yang terbaik untuk mendampingi penduduk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zaidi hari ini   ini menawarkan diri bertanding jawatan ketua bahagian dalam pemilihan UMNO bulan depan.

Bagi merebut jawatan itu, beliau menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'Pasukan Transformasi', terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian tersebut.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger