Headlines News :
Home » » DR MAZLAN MAMPU BUAT KEJUTAN DI PERMATANG PAUH ESOK ??

DR MAZLAN MAMPU BUAT KEJUTAN DI PERMATANG PAUH ESOK ??





PERMATANG Pauh kubu kuat Anwar Ibrahim? Begitulah sinonimnya dengan gelaran itu, tetapi sebaliknya Permatang Pauh tidak lagi seperti dahulu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini berhadapan dengan pencabar 'buku dengan ruas'.

Ironinya calon Barisan Nasional (BN) kali ini, Dr. Mazlan Ismail dilihat mampu menggugat kedudukan Anwar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) esok.

Ini berdasarkan pengalaman 20 tahun beliau yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri mempunyai keyakinan untuk menggalas tanggungjawab besar bagi memenangi kerusi Permatang Pauh yang kini 15 tahun diwakili ketua pembangkang.

Bekas Naib Presiden (Bahagian Operasi Teknikal) Telekom Malaysia Bhd. (TM) berusia 53 tahun itu bekerja keras bagi memenangi Parlimen Permatang Pauh.

Beliau optimis mampu mencabar Anwar kerana pernah menjadi Pengarah Pilihan Raya Umum (PRU) Pas negeri pada PRU 1999 dan PRU 2004.

Mazlan anak jati Kampung Kubang Ulu, Penanti begitu optimis dengan pengalaman dalam politik terdahulu menjadi bekalan baginya untuk menempuh perjuangan politik dan sekali gus menggugat kedudukan Anwar.
Anwar kini makin tercabar setelah beberapa minggu meninggalkan kawasannya semata-mata untuk berkempen di luar dan Anwar mula kembali ke Permatang Pauh apabila mendapati sokongan akar umbi terhadap calon BN makin memuncak.

"Saya mengenali Anwar dan saya tahu kepincangan Anwar kerana itu saya mahu membawa Harapan Baru kepada Permatang Pauh.

"Insya-Allah, saya yakin menang dan sedia berkhidmat untuk masyarakat
Permatang Pauh sebagai ahli politik sepenuh masa dengan slogan Undi Orang Kampung Kita 'Harapan Baru Permatang Pauh," katanya.

Selain Mazlan, tiga lagi muka baharu yang bertanding di kawasan itu ialah Datuk Muhamad Nasir Abdullah, 51, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya; Ibrahim Ahmad, 48, (DUN Penanti) dan Anuar Faisal Yahaya, 35, di DUN Permatang Pasir.

Ditinjau dengan ketokohan dan kebolehan pemimpin baharu yang diketengahkan oleh BN, keyakinan untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh menjadi bertambah sengit kerana Mazlan seorang yang dikenali dan berhemah tinggi serta pemimpin yang bersih.

Tidak mustahil penyokong akar umbi seperti Pas yang dulu menyokong perjuangan Mazlan bertukar arah dan menyokong Mazlan.

Mazlan juga berjanji untuk menarik sokongan ahli Pas di Parlimen itu
yang sebelum ini mengundi Anwar.

"Saya mempunyai ramai saudara-mara dan rakan-rakan sekolah yang masih tinggal di kawasan ini. Saya harap mereka sokong saya untuk mengubah kehidupan rakyat di Permatang Pauh," katanya. - UTUSAN ONLINE

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger