PERMATANG PAUH - Pemuda UMNO negeri mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Dr. Mazlan Ismail dilantik sebagai penyelaras kawasan tersebut.
Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, langkah itu sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Menurutnya, Mazlan mampu menjalankan tanggungjawab itu dengan baik berdasarkan keupayaan mengurangkan majoriti undi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum tersebut.
"Dalam tempoh kurang sebulan berkempen, Mazlan berjaya meraih sokongan tinggi dan jika tempoh masa lebih panjang diberikan, kami yakin kekuatan lebih baik dapat diperoleh.
"Selain itu, Mazlan juga perlu diberi mandat dan kuasa menguruskan keseluruhan jentera pilihan raya bagi Parlimen Permatang Pauh dan ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, Mazlan yang memperoleh sebanyak 25,369 undi tewas dengan majoriti 11,721 undi, jauh lebih rendah daripada majoriti 15,671 undi yang diperoleh Anwar dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008.
Shaik Hussein menambah, pihaknya yakin sokongan yang bakal diperoleh Mazlan dalam tempoh lima tahun akan datang pasti meningkat selepas majoriti pengundi di Parlimen itu khususnya orang Melayu dapat melihat usaha dan keikhlasannya membela rakyat.
"Kami yakin Mazlan bersama jentera bahagian mampu merampas Parlimen Permatang Pauh termasuk kesemua DUN di bawahnya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Sehubungan itu, kami berharap pucuk pimpinan parti di peringkat nasional dan negeri dapat mempertimbang cadangan ini bagi memastikan Permatang Pauh kembali menjadi milik BN.
+ comments + 1 comments
Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?
Post a Comment