- Kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada majlis makan malam anjuran parti itu di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang 'disambut' bantahan lebih 100 orang anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini.
Kumpulan itu yang berkumpul sejak pukul 8 malam melaungkan slogan anti Tian Chua berhubung kenyataannya bahawa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah sebagai sandiwara UMNO.
Seorang anggota kumpulan berkenaan juga tidak dapat mengawal emosi apabila bertindak memanjat pagar dewan berkenaan sambil meluahkan kekecewaannya terhadap pemimpin PKR itu manakala seorang lelaki berteriak mengatakan "kawan aku Azrul (Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran) mati di Sabah, sandiwara apa lagi'.
Post a Comment