Headlines News :
Home » » PSY tak gaul Yee Sang bersama PM disebabkan faktor keselamatan - BN

PSY tak gaul Yee Sang bersama PM disebabkan faktor keselamatan - BN





Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau Pinang pada kira-kira jam 7 pagi, Isnin lalu.
Abdul Rahim berkata beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut.


Ekoran itu, pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau beredar, katanya kepadaMalaysiakini.
"Anda tahu bila dia berangkat meninggalkan Pulau Pinang? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu," katanya lagi.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20 jam dari Brazil.
Abdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.

Teng mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara menggaul yee sang.





FAKTOR KESELAMATAN 


 Faktor keselamatan adalah punca bagi penyanyi popular Korea Selatan, Psy tidak menyertai pemimpin Barisan Nasional menggaul 'yee sang' di atas pentas pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, hal ini kerana terdapat ancaman bunuh terhadap penyanyi itu sebelum beliau ke Malaysia sekaligus menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan pentas selepas Psy tidak menyertai acara tersebut.

Kata beliau, pihak pengawal keselematan telah dimaklumkan berhubung perkara tersebut bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Terdapat satu ancaman terhadap kehidupan Psy sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa mengawal kawasan tersebut memandangkan khemah yang diduduki beliau berhampiran dengan pentas. Sebab itu kami meminta Perdana Menteri untuk turun dari pentas," katanya.

Beliau berkata Psy telah menerima ancaman bunuh sebelum ini sekiranya hadir ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan.

Tambah beliau lagi, keengganan Psy untuk tidak menyertai pemimpin BN menggauli yee sang kerana ia tiada dalam aturcara program penyanyi popular itu.

"Beliau hanya di sini untuk membuat persembahan, ini (menggaul yee sang) bukan sebahagian daripada program (beliau)," katanya.

Teng berkata Psy juga tidak memahami budaya menggaul 'yee sang' dan pihaknya terpaksa menjelaskan perkara tersebut memandangkan acara itu tiada dalam aturcara beliau.

"Pada waktu mereka selesai menjelaskan kepadanya, (acara) itu dah selesai," katanya.
Selain daripada itu beliau berkata pengerusi majlis tidak mengikut urutan aturcara sehingga menyebabkan berlaku 'salah faham' berhubung acara 'yee sang' itu.

Sebelum ini beberapa blog serta portal condong pembangkang menggunakan isu ini bagi memalukan perdana menteri dan mendakwa penyanyi K-Pop itu tidak mahu menyertai pemimpin Barisan Nasional menggaul yee sang.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger