Headlines News :
Home » » Isu Kuil Hindu Penang Port berjaya diselesaikan BN @dzainalabidin

Isu Kuil Hindu Penang Port berjaya diselesaikan BN @dzainalabidin





BUTTERWORTH 13 Feb. - Pertikaian berhubung isu kuil Hindu Sri Veera Muiswarar yang dirobohkan oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) di Perai Bulk Cargo (BCT) tahun lalu selesai selepas Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi pembinaan semula kuil tersebut.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, kuil baru itu akan dibina di atas tanah seluas 21 meter persegi berdekatan tapak lama.
Katanya, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka mengambil masa dua bulan untuk siap sepenuhnya.

"Isu ini telah mendapat perhatian daripada wakil Barisan Nasional (BN) dan perbincangan bersama PPSB juga telah diadakan bagi mencari jalan penyelesaian.

"BN melihatnya sebagai satu isu yang sensitif dan untuk memastikan ia tidak terus berlarutan, peruntukan sebanyak RM30,000 diberikan untuk pembinaan semula kuil tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger