Headlines News :
Home » » Taman Manggis: KLIDC boleh saman kerajaan DAP - Karpal

Taman Manggis: KLIDC boleh saman kerajaan DAP - Karpal




PULAU PINANG 10 Nov. - Syarikat pemaju swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) berhak menyaman Kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuat tawaran penjualan tanah di Taman Manggis di sini kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri.

 Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, dalam isu penjualan tanah seluas 0.45 hektar itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengambil risiko kerana turut mengemukakan tawaran kepada BN sedangkan tanah berkenaan sudah dijual dan telah menerima bayaran daripada KLIDC.

 "Bagaimanapun setakat ini tidak ada sebarang masalah lagi kerana KLIDC tidak membantah dan selagi geran tanah tidak diserahkan, kerajaan negeri masih boleh menjual kepada BN.

 "Pihak Pemuda BN pula mengemukakan tawaran harga yang lebih tinggi iaitu mencecah RM22 juta, jadi mengapa tidak dijual kepada mereka sahaja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah menjadi kesalahan dari segi undang-undang berikutan tindakan kerajaan negeri membuat dua tawaran penjualan tanah itu walaupun pihak KLIDC sebagai pembeli pertama telah membuat bayaran.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger