Headlines News :
Home » » Isteri Guan Eng langgar protokol DUN P.Pinang !

Isteri Guan Eng langgar protokol DUN P.Pinang !



PULAU PINANG 10 Nov. - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Teng Chang Yeow menyifatkan tindakan isteri Ketua Menteri, Lim Guan Eng duduk di kawasan yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai 'mencabuli' kemuliaan dewan berkenaan.

 Tegasnya, beliau terkejut dengan kejadian itu kerana Betty Chew sepatutnya duduk di tempat yang dikhaskan untuk orang awam.

 "Saya mempersoalkan tindakan Speaker DUN yang membenarkan Betty duduk di kawasan berkenaan.

Tidak kira siapa selagi bukan merupakan ahli dewan atau pegawai kerajaan yang diberi mandat, seseorang itu tidak sepatutnya duduk di situ.

 "Speaker kena faham, DUN ada protokol dan bukan boleh berbuat sesuka hati kerana DUN bukan bilik mesyuarat parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya BN DUN Batu Maung di sini hari ini.

 Beberapa akhbar hari ini melaporkan kehadiran Betty di DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menimbulkan persoalan kerana didapati duduk di barisan kerusi yang dikhaskan kepada pegawai kerajaan. Chang Yeow dalam pada itu menambah, Guan Eng dan Speaker DUN perlu belajar protokol dan peraturan-peraturan DUN.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger