Headlines News :
Home » » Kerajaan DAP menipu, tanah Taman Manggis dijual kepada dua pihak

Kerajaan DAP menipu, tanah Taman Manggis dijual kepada dua pihak




GEORGE TOWN, 8 Nov — Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah melanggar undang-undang negara kerana menjual satu tapak tanah di Taman Manggis kepada dua pihak.

 Ketuanya Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan resit rasmi kepada Pemuda BN sedangkan tanah itu telah dijual secara rasmi kepada KL International Dental Centre Sdn Bhd.

 “Pemuda BN mahu Guan Eng (Ketua Menteri Lim Guan Eng) memberi penjelasan dalam tempoh 24 jam kerana ini merupakan isu penipuan yang serius dan boleh dilapor kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sambil menunjukkan butiran dokumen itu.

 Pemuda BN juga mendakwa tanah berlot 305, 306, 313 dan 314 di seksyen 16 (Taman Manggis) itu telah dipajak oleh KL International Dental kepada sebuah bank pada 10 November tahun lepas dengan nilai RM11,494,176.

 Oh berkata KL International Dental tidak boleh membuat pajakan tanah kepada bank jika kerajaan negeri tidak memberi hak milik tanah dan ini menimbulkan persoalan bahawa tanah itu telah dijual secara rasmi.

 Beliau berkata pada masa sama satu resit rasmi dikeluarkan oleh jabatan kewangan negeri menyatakan kerajaan negeri telah menerima RM224,073 iaitu satu peratus dari harga tanah daripada Pemuda BN untuk pembelian lot tanah yang sama. “Ini menunjukkan lot tanah 305, 306, 313 dan 314 yang telah dijual kepada KL International Dental adalah sama dengan resit rasmi yang dikeluarkan kepada Pemuda BN,” katanya. — Bernama
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 9, 2012 at 11:07 PM

Jangan percaya dengan cina dap, racist and penipu. Kita sokong cina bukan dap.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger