Headlines News :
Home » » Isu tanah Tmn Manggis bukti Guan Eng pentingkan keuntungan daripada rakyat

Isu tanah Tmn Manggis bukti Guan Eng pentingkan keuntungan daripada rakyat



KUALA LUMPUR 7 Nov – Isu penjualan tanah di Taman Manggis membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng adalah bukti jelas kepimpinannya lebih mementingkan keuntungan sehingga mengenepikan rakyat terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab hairan mengapa sekarang Guan Eng menyatakan bahawa perancangan untuk membangunkan kawasan berkenaan termasuk pusat komersil dan hospital swasta belum diputuskan kerana kuasa untuk meluluskan projek pembangunan terletak di bawah bidang kuasa pentadbirannya.
“Mengapa selepas perkara itu didedahkan, Guan Eng menyatakan cadangan pembangunan yang di tapak tanah berkenaan masih belum diluluskan, sedangkan perkara itu sudah diketahui umum bahawa kawasan berkenaan akan dibangunkan oleh syarikat swasta.
“Jika tiada orang yang membangkitkan isu berkenaan, saya yakin tanah berkenaan sudah dibangunkan dan rakyat yang memerlukan rumah sudah pasti berputih mata sedangkan kawasan berkenaan telah dicadangkan dari sejak dahulu untuk membina rumah rakyat,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemelut yang berlaku terhadap kawasan seluas 0.45 hektar di Taman Manggis yang yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua tetapi dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.
Zabariah berkata, isu perumahan rakyat sememangnya menjadi topik perbualan di kalangan rakyat Pulau Pinang berikutan ketidak prihatinan kerajaan kepimpinan DAP terhadap masalah rakyat walaupun mereka kononnya menyatakan sebagai pejuangan nasib rakyat.
“Bagaimana lesen untuk membina hospital swasta telah diluluskan seperti dilaporkan sedangkan Ketua Menteri menyatakan bahawa hak milik tanah berkenaan masih belum diputuskan, ini yang menjadi tanda tanya bagaimana lesen itu telah diluluskan sebelum kelulusan kawasan pembinaanya.
“Apa yang berlaku itu menunjukkan tiada ketelusan di pejabat Ketua Menteri berhubung perkara berkenaan dan dilihat cuba bermain tarik tali untuk menutup kesilapan yang berlaku sehingga menyebabkan hak rakyat hampir terlepas kepada pihak lai,” katanya. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger