Headlines News :
Home » » Adun BN desak Guan Eng jawab penurunan pelaburan P.Pinang

Adun BN desak Guan Eng jawab penurunan pelaburan P.Pinang




Seorang wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kepada rakyat negeri ini berhubung penurunan dalam prestasi pelaburan baru ke negeri ini.

 Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, kerajaan negeri harus memberi penjelasan berhubung prestasi pelaburan baru dan kedudukan negeri ini menarik pelaburan yang kini berada di tangga ketujuh.

 Katanya, pelaburan baru dan semula ke Pulau Pinang untuk tempoh Januari-Julai tahun ini adalah tidak melebihi RM1.7 bilion dan berita ini amat menyedihkan untuk rakyat Pulau Pinang. "Ini soalan saya dan sedang menunggu jawapan dari Guan Eng.

Dulu dia bangga dengan pencapaian pelaburan sebanyak RM12 bilion pada 2010. Sekarang (Januari-Julai) tidak lebih RM1.7 bilion," katanya kepada pemberita di sini,semalam.

 Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini, Arif Shah menyuarakan kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan di bawah Guan Eng kerana gagal memberi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

 "Saya berasa amat kecewa kerana tidak terima lagi jawapan soalan dewan sampai hari ini. Tanpa maklumat, perbahasan tidak dapat dilakukan kerana ia seharusnya berdasarkan fakta," katanya. -BERNAMA-
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger