KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Pakatan Rakyat (PR) yang mahu mewujudkan Kabinet bayangan tetapi sehingga kini masih berteka-teki dan setiap pimpinan parti memberi mesej yang bertentangan.
Menurut Najib, permainan PR ini hanya sekadar mahu mengelirukan rakyat negara ini semata-mata.
"Masing-masing beri kenyataan berbeza, ada yang nafikan wujudnya Kebinet bayangan, ada pemimpin mereka (PR) yang nafikan, malah ada yang kata ia tidak perlu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.
Post a Comment