Headlines News :
Home » » Musa gelarkan Guan Eng sebagai "Robin Lim"

Musa gelarkan Guan Eng sebagai "Robin Lim"




BUKIT MERTAJAM - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya.

 Sikap ditunjukkan Guan Eng itu kata Musa jelas berbeza dengan Robin Hood kerana Robin Hood merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin.

 "Kita biasa dengar tentang Robin Hood yang merompak orang kaya dan beri kepada orang miskin. "Tetapi pada zaman moden ini, ada Robin Lim yang mengambil tanah orang miskin (rakyat) lalu diberikan kepada orang kaya (pemaju swasta)," katanya .

Menurutnya , tanah-tanah tersebut sepatutnya boleh dibangunkan sebagai kawasan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah .

 " Kalau syarikat swasta ambil tanah kemudian dijual , itu tidak mengapalah sebab mereka berniaga tetapi kenapa Guan Eng sendiri jual tanah milik kerajaan negeri kepada swasta ? -UTUSAN -
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger