Headlines News :
Home » » Najib mohon maaf bukti pengorbanan & keikhlasan seorang pemimpin

Najib mohon maaf bukti pengorbanan & keikhlasan seorang pemimpin




Rakyat perlu terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) berikutan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperbaiki kesilapan lampau perikatan itu bagi memacu kegemilangan negara, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, ia membuktikan keikhlasan BN terhadap rakyat kerana tidak mudah bagi mana-mana perdana menteri atau presiden di dunia mengakui kesilapan dan kelemahan yang berlaku dalam parti pada masa lalu.

"Beliau sanggup. Itu satu pengorbanan dan tunjukkan ketinggian peribadi dan wibawanya. Beliau sanggup meminta maaf bagi pihak pemimpin lain atas kesilapan yang berlaku sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana di Kampung Tengah di sini, hari ini. - BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger