Headlines News :
Home » » Pemuda UMNO dakwa tindakan Guan Eng macam kanak-kanak !

Pemuda UMNO dakwa tindakan Guan Eng macam kanak-kanak !




Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Menurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 1, 2012 at 10:47 PM

“You jaga!”

Aku Anak Mamak
March 2, 2012 at 12:22 AM

Jelas Pemuda UMNO Pulau Pinang kini kekurangan anak Melayu yang layak sebagai pemimpin hingga terpaksa melantik Anak Mamak..

March 4, 2012 at 6:24 AM

Pelik dengaq...Lim Guan Eng buat report kat Plois kononnya kena ugut...biaq betoi.....takkan kot Lim Guan Eng masih percaya kat PDRM yang hampir 90%nya Melayu...yakinkah dia dengan PDRM.....selama nilah...dia yang banyak dok hentam PDRM dari segenap penjuru, semuanya yang PDRM buat salah, tak pro, zalim, perkauman.....Lim Guan Eng sepatutnya buat lapran kat Majlis Peguam, Suhakam, suaram dan kat PBB ataupun Kat Lee Kuan Yew...baru betoi...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger