Headlines News :
Home » , , » Isytihar harta : Guan Eng jangan perbodohkan rakyat - Ir Shaik Hussein

Isytihar harta : Guan Eng jangan perbodohkan rakyat - Ir Shaik Hussein




PULAU PINANG- Langkah kerajaan DAP diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan Exco kerajaannya melakukan perisytiharan harta untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dipersoalkan ketelusannya oleh Pemuda UMNO P.Pinang .

Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Shaik Hussein Mydin berkata perisytiharan harta dilakukan mereka sebagai satu langkah bijak untuk mengelirukan rakyat sekali lagi .

" Guan Eng dan barisan Exconya hanya mengistiharkan harta di atas nama mereka dan tidak mengistiharkan harta syarikat yang mana mereka menjadi Pengarah, Pengerusi atau pemilik saham termasuklah harta dan saham atas nama keluarga. katanya menerusi sms kepada pihak Utara News.

Menurutnya lagi , masa yang begitu lama diambil untuk mereka mengisytiharkan harta juga jelas menunjukkan tidak ketidaktelusan kerajaan DAP dalan menunaikan janji mereka sebelum ini .

" Lim Guan Eng diminta berhentilah daripada bersandiwara dengan rakyat P.Pinang dan jangan ingat rakyat mudah diperbodohkan " katanya .


Kelmarin Kerajaan DAP P.Pinang telah Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri .
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 16, 2012 at 1:53 AM

kalau berani tolong detailkan kagi pengisytiharan harta supaya org lain tak di kencing lagi...

pejuang hamas...

January 16, 2012 at 2:32 AM

aku rasa baik juga istihar daripada menteri2 yang langsung tak berani istihar...
Apo yang tak kono eh mamak jang

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger