Pemuda UMNO hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurun dan memijak bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.
Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai biadab dan tidak bertamadun, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO menganggap kelompok yang terlibat tidak layak digelar mahasiswa.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kelakuan tidak beradab yang dilakukan oleh SMM itu tidak melambangkan kematangan tinggi yang dimiliki oleh majoriti mahasiswa tempatan.
Katanya, kebanyakan mahasiswa tempatan mempunyai nilai akhlak dan budaya yang bertamadun, sekali gus akal yang waras dan saling menghormati.
"Bagaimanapun, perbuatan segelintir kecil golongan ini yang dipercayai digunakan oleh pihak pembangkang dan bermotifkan politik telah mencemarkan nama baik mahasiswa yang sebelum ini disanjung tinggi oleh masyarakat.
"Sepatutnya, pendekatan yang lebih efektif dan efisien yang boleh menunjukkan kredibiliti mahasiswa itu sendiri digunapakai untuk menyelesaikan isu AUKU ini, bukannya dengan cara yang menghancurkan masa depan mereka ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengecam tindakan ahli SMM yang disifatkannya menyedihkan dan menjijikkan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebelum menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Dalam pada itu, Reezal Merican menyatakan, bantahan yang dikemukakan itu tidak salah tetapi tindakan mereka yang melanggar tatasusila ketimuran itu amat tidak boleh diterima akal.
"Perbezaan pendapat adalah fitrah dan lumrah setiap manusia dan kita digalakkan untuk bermesyuarat (berbincang) untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
"Bukan dengan cara yang begitu bertentangan dengan identiti mahasiswa seperti ini," tegasnya.
+ comments + 7 comments
DS Rezal juga tak layak untuknya mengaku MELAYU. Apa jasa beliau dikalungkan anugerah DS berbanding anggota perlimen yg turut sama untuk check & balance dlm Parlimen yg masih bertitle ENCIK sahaja.
budak tak cukup matang berfikir
tak guna akal fikiran ikut nafsu muda dia saja
beginilah akibatnya kalau Akta Auku dimansuhkan
gelap masa depan anak bangsa melayu
betul celaka orang yang meliwat emosi dia...sampai sanggup berlaku biadap.
Nate puak PKR ni,kalau China buat betul belako
Baru setahun jagung hidup sudah nak tunjuk pandai. Budak tak sadar diri, sekarang siapa yang susah, malu. Dah tentu mak bapak dia. Entah lah kot mak bapak dia dari jenis yang sama. Geng Geng Pas n PKR
apa sebab mereka turunkan bendera?
jatuh Putrajaya nanti buat balik la keje lama angkut tong gas hantor ke rumah org......tak gitu DS Rezal???
oh....kat sini ada penyokong AL-JUBURI
Post a Comment