Perwakilan daripada Pulau Pinang Syeikh Husin Maidin mendakwa DAP mentadbir di pulau mutiara sepanjang tiga tahun di negeri itu dengan bersikap "memusuhi Islam dan Melayu".
Bahkan Sheikh Husin yang juga ketua Pemuda Umno Pulau Pinang mendakwa dua lagi rakan gabungan Pakatan - PAS dan PKR - dayus dan diam membisu dengan tindakan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Dalam ucapan perbahasannya, beliau memberikan contoh beberapa langkah yang dibuat oleh Lim, antaranya mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri itu.
Syeikh Ismail juga mendakwa PAS dan PKR membisu terhadap tindakan Lim yang didakwa membatalkan perarakan Maulidul Rasul.
"Tiba-tiba mereka batalkan perarakan Maulidul Rasul. Surat rasmi kita ada. Dia memusuhi Melayu dan Islam secara terbuka. Rasis.
"Siapa saja, Melayu, Cina, India yang menyokong DAP, depa mereka daripada bangsa bangsat (perwakilan tepuk). Saya ulang sekali lagi, DAP adalah bangsa bangsat. mampuih pi depa nak kata apa, katalah. Saya bercakap demi Allah dan Rasul," katanya.
Selain itu, katanya, Lim juga didakwa merobohkan gerai-gerai milik Melayu yang didakwanya tidak mahu orang Melayu berjaya di Pulau Pinang serta tiada pampasan kepada nelayan Melayu yang terjejas akibat pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua.
"PAS diam, bapuk. PKR (pun) diam... Saya minta dayus-dayus PAS dan PKR jawab (isu-isu ini)," katanya.
Post a Comment