Headlines News :
Home » » Orang Melayu perlu waspada muslihat jahat DAP parti paling rasis

Orang Melayu perlu waspada muslihat jahat DAP parti paling rasis



Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang Melayu berwaspada, jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang disifatkan sebagai parti paling rasis.

“Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

“Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Tegas Muhyiddin orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

“Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah.

“Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera”, ujarnya.

Jelas beliau lagi parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar.

Parti DAP tegasnya tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu.

“Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

“Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau”, ujar beliau.

DAP kata Muhyiddin lagi langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

Tegas beliau tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

“Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam”, katanya.

Muhyiddin seterusnya berkata semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama.

Tambah beliau agenda DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

“Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja.

“Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu”, ujarnya.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 1, 2011 at 9:19 AM

Itu je la modal UMNO nak mohong org2 kampong. Org kampong pun tahu dan mereka jg tahu bahawa mereka bukan lagi org kg sepertimana 25 tahun lalu. Semua dah boleh berfikir dan menilai sendiri mana yg baik dan mana yg buruk dan mana yg terburuk. Bersedialah untuk berbangsat, berjimat sebelum habis.

Anonymous
December 1, 2011 at 10:14 AM

ADA JUGAK GOLONGAN TOYOL PAKAI KOPIAH YG DOK ANGKAT DAN JULANG BENDERA DAP...
DASAR TOYOL BANGANG...

LEPAS TU ADA JUGAK TOYOL BETINA YG SANGGUP MENANGIS BERSAMA BETINA KAUM BANGKAI YG SANGKUT KES(NAMPAK BULU KETIAK)...

PEJUANG HAMAS...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger