MiM terkejut dengan dakwaan media alternatif pembangkang yang mendakwa bahawa wujudnya Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ kononnya dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya UMNO.
Yang lebih memeranjatkan ialah fitnah tersebut dinyatakan sendiri oleh Anwar Ibrahim!
Di antara kenyataan media pro-pembangkang :-
Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita.
Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.
Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.
Di bawah adalah kenyataan Dato Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap MT UMNO Malaysia yang mendedahkan pembohongan Anwar Ibrahim itu.
Post a Comment