Headlines News :
Home » , , » Isu Ramasamy : Kerana tamakkan kuasa, pekung DAP sebenar didedahkan

Isu Ramasamy : Kerana tamakkan kuasa, pekung DAP sebenar didedahkan




“Inilah wajah sebenar DAP. Jika sebelum ini DAP sering menunjukkan bahawa mereka mementingkan setiakawan, tidak rakus kejar kuasa, tidak tikam belakang tetapi kini tembelang mereka telah pecah.

Pertelingkahan di antara ‘godfather’ dan ‘mafia’ dalam parti DAP telah mencerminkan sifat sebenar mereka,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Katanya, inilah yang akan terjadi sekiranya nafsu menguasai diri dan sifat rakus untuk membolot bagi kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya apatah setelah berjaya menguasai sebuah negeri di Pulau Pinang.

“Kerana gila kuasa, mereka lupa untuk metadbir negeri dengan baik dan menjaga kebajikan rakyat. Sikap pemerintah seperti ini akan menyebabkan rakyat sengsara.

“Adakah kita mahu terus memberikan kuasa memerintah kepada DAP yang sudah terang dan jelas hanya tamakkan kuasa dan gagal mengawal sikap ahli dan pemimpinnya. Pemerintah yang telah dikuasai oleh rasa tamak dan gila kuasa tidak akan mempedulikan nasib orang lain kerana mereka hanya memikirkan mahu berkuasa.

“Dahulu, mereka sering mencerca UMNO dan BN. Apabila timbul sebarang masalah di dalam parti kita, mereka akan terus menghentam. Tetapi sekarang, bangkai yang mereka cuba tutup tidak dapat disembunyikan lagi.

Inilah wajah sebenar DAP,” kata beliau bagi mengulas pertelingkahan antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP, P Ramasamy.

Karpal dengan lantang telah mencela Ramsamy semasa berucap di Koncensyen DAP negeri Pulau Pinang semalam.

Kemarahan Karpal tidak mampu dibendung lagi apabila para penyokong Ramasamy yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang berhimpun bagi meluahkan sokongan terhadap pemimpin mereka itu.

Zainal berkata, rakyat Pulau Pinang harus telah dapat melihat ‘drama’ yang selama ini dimainkan oleh pakatan pembangkang.

“Hanya kerana menyedari Pilihan Raya Umum (PRU) 13 sudah semakin hampir, mereka sanggup bertelagah sesama sendiri kerana rebutkan kuasa. Kita dalam UMNO dan BN, tidak kisah siapapun yang terpilih menjadi calon.

“Setiap ahli akan terus menyokong siapa sahaja yang dipilih kerana kita yakin mereka yang dipilih sudah pasti adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi pakatan pembangkang yang terlalu taksub dengan kuasa, sanggup bergaduh sesama sendiri hanya kerana kepentingan diri sendiri. Itu baru mereka dapat kuasa satu negeri kalau dapat perintah negara tak tahulah apa akan jadi,” ujarnya. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger