Headlines News :
Home » » Burukkan Malaysia di negara luar. Anwar memang pengkhianat negara!

Burukkan Malaysia di negara luar. Anwar memang pengkhianat negara!



Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kesal sikap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup memburukkan negara sendiri semasa diwawancara sebuah stesen televisyen di Indonesia semalam.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kalau dia jadi Perdana Menteri, dia boleh selesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia dalam masa dua minggu, kalau saya tidak silaplah...tetapi saya sebenarnya tidak perlu dua minggu untuk selesaikan, kalau saya sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Laporan menyebut bahawa semasa diwawancara stesen televisyen TVOne di republik itu semalam, Anwar berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sahaja sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Anifah berkata beberapa rakannya di luar negara turut melahirkan rasa terkilan dan tertanya-tanya mengapa seorang warga negara Malaysia yang menggelarkan diri sebagai pemimpin sanggup memburukkan nama negara sendiri di luar hingga diketahui seluruh dunia.

“Saya agak sedih kerana setiap warga negara Malaysia sepatutnya tidak memburukkan negara tercinta. Tetapi disebabkan ada orang tertentu yang burukkan Malaysia, ada orang percaya dengan apa yang diutarakan,” katanya.

Mengulas kenyataan kononnya Anwar lebih memahami sistem pemerintah Indonesia kerana mendukung demokrasi berbanding pemerintah di Malaysia, Anifah berkata: “Kalau kita tidak praktikkan demokrasi tidak mungkin beliau (Anwar) jadi ahli Parlimen dan tidak mungkin kita tewas di lima buah negeri pada pilihan raya 2008.”

Mengenai perkara lain, Anifah berkata Kementerian Luar akan meminta kerjasama kerajaan Mesir supaya membenarkan konvoi bantuan kemanusiaan Viva Palestina yang kini terkandas di Lattakia, Syria selama 10 hari, untuk memasuki pelabuhan El-Arish secepat mungkin.

Konvoi darat kelima Viva Palestina “A Global Lifeline to Gaza” adalah konvoi antarabangsa dari lebih 30 negara yang turut disertai 14 sukarelawan Malaysia.

Delegasi sukarelawan Malaysia itu mengiringi sumbangan daripada individu dan pertubuhan dari Malaysia terdiri daripada enam kenderaan yang membawa muatan bantuan. – Bernama
Share this post :

+ comments + 1 comments

October 14, 2010 at 9:07 AM

Salam...

Harap tuan dapat linkkan blog saya dalam bloglist tuan demi menegakkan perjuangan sebenar.

http://suaramelayubaru.blogspot.com

tq...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger