Headlines News :
Home » , » Penyokong Ramasamy berdemo desak Rayer minta maaf

Penyokong Ramasamy berdemo desak Rayer minta maaf



BUTTERWORTH: Seramai 150 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi membantah kelantangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer dan Adun Bagan Dalam, A Thanasekaran, menghentam Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, di hadapan sebuah hotel, lokasi Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang, di sini, semalam.

Mereka berkumpul hampir 30 minit sejak jam 9 pagi dengan menyuarakan perasaan tidak puas hati sambil membawa lapan kain rentang dalam bahasa Malaysia dan bahasa Tamil mengutuk Rayer serta Thanasekaran.


Kain rentang itu memaparkan perkataan seperti ‘Rayer Siapa Kamu?’, ‘Pengkhianat Kaum India’ dan ‘Rayer Penipu! Minta Maaf Kepada Prof Ramasamy’.; Thanasekaran (Katak Bagan Dalam), Non Perfoming ADUN (ADUN Tidak Mempunyai Pencapaian), Don't Hide Behind Sifu (Jangan Menyorok Belakang Ketua).

Mereka yang berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada Ramasamy yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan mula kecoh apabila sesetengahnya berang selepas melihat Thanasekaran muncul untuk menghadiri konvensyen berkenaan.

Bagaimanapun, Thanasekaran segera dibawa masuk ke dalam hotel oleh petugas DAP kerana bimbang mencetuskan pergaduhan, manakala Rayer tidak kelihatan.

Wakil kumpulan peserta demonstrasi berkenaan, Dr MIV Raja berkata, peserta berkumpul bagi menyuarakan sokongan kepada Ramasamy dan mendesak Rayer serta Thanasekaran meminta maaf.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger