Headlines News :
Home » , , » Rais kesal kerajaan DAP P.Pinang tidak kukuhkan pengunaan bahasa kebangsaan

Rais kesal kerajaan DAP P.Pinang tidak kukuhkan pengunaan bahasa kebangsaan



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melahirkan rasa kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas 3  tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.

Katanya ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.


"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Orang Asli di Kampung Putra, Simpang Durian,Jelebu Isnin.

Bernama melaporkan beliau menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya bangun untuk bertanyakan hal ini kerana mereka masih lagi mempunyai suara dan pengaruh yang besar.

Rais berkata pembangkang mendabik dada kononnya Pulau Pinang maju di bawah DAP sedangkan negeri itu sudah dimajukan sejak dari pemerintahan parti Gerakan di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Pulau pinang itu bukan dimajukan tempoh dua tahun (yang lepas di bawah DAP)," katanya.

Rais berkata DAP terlalu angkuh dengan kekuatan ekonomi yang dipegangnya, tetapi jika agihan ekonomi itu gagal disama ratakan dengan kaum-kaum lain, keharmonian yang wujud semasa Gerakan memerintah dahulu akan luntur.-3/10/2011
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger