Headlines News :
Home » , , » Bajet adalah untuk rakyat ,bukan untuk pilihanraya - BN P.Pinang

Bajet adalah untuk rakyat ,bukan untuk pilihanraya - BN P.Pinang



Meskipun pelbagai pihak memberi pujian yang melangit ke atas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun pemimpin-pemimpin BN Pulau Pinang masih tidak pasti segala janji yang ditaburkan itu mencukupi bagi mereka merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti

Pengerusi jawatankuasa kerja BN Datuk Dr Teng Hock Nan berkata bajet itu adalah untuk semua rakyat, sama ada mereka pengundi ataupun bukan dan menafikan dakwaan bahawa ia adalah bajet pilihan raya.

"Ia bukan untuk memenangi pilihan raya semata-mata. Ia adalah untuk semua orang, termasuk kanak-kanak yang belajar di sekolah rendah dan remaja di sekolah menengah, yang belum boleh mengundi lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat BN di Bayan Baru hari ini.

Pengerusi jawatankuasa negeri MIC perhubungan Senator Datuk PK Subbaiyah pula berkata bajet itu adalah jawapan kepada kos sara hidup yang meningkat.

"Bajet ini bertujuan membantu mereka untuk mengurangkan kesusahan mereka," katanya.

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang Loga Bala Mohan pula berpendapat bajet yang dibentangkan kerajaan persekutuan itu telah meletakkan kepentingan rakyat dahulu manakala memenangi pilihan raya adalah perkara kedua.

PM telah berjanji bahawa rakyat akan menikmati kekayaan negara, dan beliau telah menunaikan janji-janjinya," kata Loga Bala yang juga pengerusi PPP negeri.

"Bajet sahaja tidak boleh memenangi pilihan raya itu, terdapat masih banyak perkara yang perlu kita lakukan."

Bagi Ketua Umno Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir (kiri), bajet itu adalah untuk semua, tanpa mengira status mengundi mereka.

"Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang akan memastikan bahawa orang-orang yang mendapat manfaat daripada dana negeri adalah pengundi yang sebenar," dakwa senator Umno itu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger