Headlines News :
Home » , , , , » Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Merdeka di Permatang Pauh meriah

Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Merdeka di Permatang Pauh meriah



PERMATANG PAUH  :  Hari ini di  padang  Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu dipenuhi  30,000 orang yang membanjiri Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Merdeka yang juga turut dihadiri tetamu khas iaitu Perdan Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak .

Jumlah berkenaan melebihi anggaran asal pihak penganjur dan diakui  sendiri oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim dalam ucapannya yang hanya menanggarkan 20 ribu orang sahaja .


Semasa  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap , beliau juga  secara berjenaka berkata terasa suasana macam nak pilihanraya esok apabila melihat banyak bendera parti politik lain dipasang .

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng,Timbalan Ketua menteri Dr Mansor Othman dan sebilangan Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Najib tiba di majlis itu dengan menaiki sebuah teksi.Ketibaannya pada pukul 12 tengah hari disambut ribuan penduduk tempatan yang datang seawal 8 pagi, dengan diiringi paluan gendang pelbagai kaum dan komuniti 1Malaysia oleh kumpulan gendang tentera dan pelajar sekolah.


Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, barisan menteri kabinet dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu dimulakan dengan acara sentuhan rakyat oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN dengan berkunjung ke rumah Norasmah Othman, 41, suri rumah yang terpaksa bekerja untuk menyara enam orang anak selepas suaminya menghidap penyakit kulit kronik.

Norasmah menerima bantuan untuk membaik pulih kediamannya daripada KPKK menerusi penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sumbangan daripada pelbagai pihak lain.
Hadirin disajikan dengan pelbagai juadah istimewa seperti nasi beriani daging, lemang, ketupat palas dan beberapa makanan lain serta kuih tradisional.

Perdana Menteri dan tetamu kehormat yang lain turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk David Arumugam, Datuk Ahmad Jais, Uji Rashid dan Hail Amir, persembahan oleh kumpulan boria kanak-kanak dan persembahan watak Upin dan Ipin.

Najib kemudian menyampaikan penghargaan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan sijil penghargaan kepada empat tokoh merdeka dari Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Mohd Yusoff Latif, Datuk Md Noor Ahmad, Datuk A. Subramaniam dan Datuk Oon Choo Eng @ Choo Khye.




Selain itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa bungkusan barangan keperluan kepada sepuluh orang yang kurang berkemampuan dan sumbangan 'netbook' 1Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 13, 2011 at 12:30 AM

taik.. lecak punya teruk.. awat media tak habq,,

Anonymous
September 13, 2011 at 10:46 AM

pesan ikhlas utk umno.jgnlah syok sendiri dan buat kayu ukur bahawa anda telah mendapat sokongan dgn melihat jumlah yg datang ke majlis2 spt ini.Dari dulu lagi acara makan free memang mendapat sambutan hebat tak kira dibuat dimana pun.Ingat tak masa sambutan hebat di Kelantan pada 2008 dulu.Najib sendiri terkejut dan merasakan angin perubahan telah berlaku di sana.Tapi bila tiba masa electon habuk pun tarak..banyak wang dah ditabur waktu tu...ayam terlepas tangan bau taik.belajarlah dari pengalaman.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger