Headlines News :
Home » , , » Pihak yang nak sabotaj Rumah Terbuka Malaysia macam budak-budak - Shaik Hussein

Pihak yang nak sabotaj Rumah Terbuka Malaysia macam budak-budak - Shaik Hussein




PULAU PINANG 8 Sept. – Pemuda UMNO negeri menyifatkan cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di Permatang Pauh pada Ahad ini yang bakal dihadiri Perdana Menteri sebagai tindakan kebudak- budakan.

Ketuanya, Ir. Shaikh Hussein Mydin (gambar) berkata, pihak yang cuba mencetuskan kekacauan di majlis itu ternyata dalam keadaan terdesak untuk meraih semula sokongan rakyat terhadap mereka.Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan akan memastikan majlis tersebut berjalan lancar seperti dirancang.

“Kalau nak malukan Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet yang akan hadir ke majlis tersebut, itu perangai budak-budak.

“Itulah cara politik kotor pemimpin pembangkang, takut nak berdepan secara ‘gentleman’.

“Kami Pemuda UMNO sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, sumber risikan pasukan keselamatan memberitahu Utusan Malaysia, terdapat rancangan untuk mensabotaj majlis berkenaan.Menurut sumber, ada pemimpin politik mengarahkan pengikutnya hadir dengan berpakaian kuning sambil membawa sepanduk ke majlis itu.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun ini akan diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari.


Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu.
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 13, 2011 at 10:35 AM

cakap seorang pengampu.siapalah nak buang masa buat sabotej.tak sabar nak mai adalah pasai makan free.rezeki jgn ditolak...

December 15, 2011 at 11:00 AM

Awat maarup betoi si mamak ni? Bodo apa tak pi makan free

December 15, 2011 at 11:01 AM

Awat maarup ni? Bodo apa tak pi makan free.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger