GEORGETOWN - Sekumpulan penduduk Kampung Pokok Asam, di sini hari ini menghalang pihak pemaju merobohkan sebahagian binaan melibatkan lot 215A yang mereka dakwa tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Bertindak Penduduk Jelutong Timur Kamariah Ahamed berkata pemaju Nova Mulia telah dihalang berbuat demikian selepas tidak dapat menunjukkan notis jelas dan datang tanpa kehadiran pegawai Pejabat Daerah dan Tanah.
"Pemaju tidak sepatutnya datang untuk merobohkan sebahagian rumah lot 215A kerana mereka tidak rujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kamariah berkata masalah Kampung Pokok Asam ditangguh sementara kerana Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon bersetuju untuk berbincang dengan penduduk.
"Semuanya belum ada penyelesaian dan kemungkinan ada sesi dialog antara penduduk dengan Datuk Rashid selepas beliau pulang dari Makkah," katanya.
Kamariah berkata notis terakhir yang diterima penduduk untuk mengosongkan premis masing-masing adalah pada Julai lepas tetapi penduduk tidak berbuat demikian kerana perjanjian pampasan tidak disiapkan oleh kerajaan negeri.
Tanah perkampungan berusia lebih 100 tahun seluas lebih satu hektar itu dikatakan diambil alih oleh syarikat pemaju dari Kuala Lumpur bagi projek perumahan dan tapak perkuburan.
Namun projek itu ditangguh sementara ekoran keengganan penduduk berpindah. - Bernama

Post a Comment