Headlines News :
Home » » Guan Eng tak perlu bongkak & sombong kata negerinya paling baik - Muhyiddin

Guan Eng tak perlu bongkak & sombong kata negerinya paling baik - Muhyiddin



BANGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan, akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.

"Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan jahat yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang...ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia.

"Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari sempena lawatannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.

Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Lim sepatutnya sedar bahawa pelabur tidak akan datang ke Pulau Pinang sekiranya tiada sokongan daripada Kerajaan Pusat.

Malah, beliau berkata Lim juga seharusnya sedar bahawa asas pembinaan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perindustrian di Malaysia sudah pun terbentuk sejak sekian lama sedangkan DAP baru sahaja memerintah negeri itu tiga tahun lalu.

"Jadi atas dasar itu sepatutnya tidak ada perasaan bongkak dan sombong pasal dia kata negeri dia sahaja yang paling baik dan negeri lain tidak baik.

"Ini sikap pembangkang yang bagi saya memang tidak adil. Dia boleh kempen atau promosi macam saya promosi Johor tetapi kalau pelabur kata mahu ke Pulau Pinang, mereka boleh pergi asalkan datang ke Malaysia kerana ia memberi kesan berganda.

"Kalau pelabur melabur di sana pun (Pulau Pinang), kesannya kepada seluruh negara kerana bila dia eksport, negara dapat tukaran wang asing, peluang pekerjaan turut diterima rakyat dari seluruh negara," katanya.

Ditanya mengenai perancangan BERSIH untuk mengadakan satu lagi demonstrasi pada 30 September ini, Muhyiddin berkata anggota BERSIH sewajarnya memberikan sokongan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang dibentuk bagi mengkaji dan menambahbaik sistem serta proses pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata, ini kerana jawatankuasa berkenaan yang disertai wakil daripada kerajaan BN dan pembangkang akan berbincang bagi merumus langkah susulan dalam proses penambahbaikan pilihan raya.

"Kalau ada ugutan seperti itu, ia tindakan yang tidak bertanggungjawab...sengaja nak timbulkan kekacauan...ugut pihak berkuasa supaya mencabar mereka. Saya tidak fikir ia beri faedah pada kita kerana yang penting bagaimana proses nak selesai, bukan tuntutan itu," katanya. - BERNAMA
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 24, 2011 at 1:34 PM

Kalau BERSHIT buat kacau lagi 30 Sept ni, apa lagi tembak aje dengan peluru getah pas tu kalau tak berkesan guna aje peluru hidup, kemudian bangkai bangkai yang dah mampus tu kita bakar aje dan abu abu tu semua buang aje dalam longkong kerana disitu selayaknya mereka mereka ini disemadikan...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger