KUALA LUMPUR 21 Sept – Bekas Timbalan Ketua menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin percaya bekas “boss” lamanya, Lim Guan Eng yang menjadi peneraju utama negeri itu akan terus berdiam diri dan tidak akan membuka mulut lagi berhubung pembinaan rumah kos rendah di negeri terbabit.
Malah beliau turut yakin Guan Eng akan terus mengunci mulutnya walaupun dicabar dan didesak oleh pelbagai pihak untuk beliau menunjukkan bukti berhubung isu berkenaan yang sebelum ini diwar-warkan sebagai fitnah liar terhadap kepimpinan kerajaan Pulau Pinang.
“Saya dah lalui pengalaman bersama Guan Eng dan percaya beliau akan terus berdiam diri kerana isu berkenaan kerana dikhuatiri bakal menjerat leher beliau sendiri. Apa yang mereka akan lakukan adalah pembohongan demi pembohongan dalam usaha menutup apa yang berlaku.
“Cuma apa yang saya harapkan rakyat Pulau Pinag bangkit dan tidak terus lena diulit penipuan Guan Eng serta kuncu-kuncunya yang hanya memperalatkan Melayu dan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja.
“Percayalah, mereka lalukan sesuatu dengan nawaitu politik dan bukannya untuk membela nasib rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Cuba kita tengok hari ini yang naik adalah projek rumah mewah,” katanya.
Sebelum ini, ekoran daripada desakan UMNO Pulau Pinang mengenai isu pembinaan rumah kos rendah, Guan Eng telah mengadakan sidang akhbar dan menunjukkan bukti bahawa dia telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah namun tidak memberitahu di manakah projek tersebut dilulus dan dibina.
Sehingga kini, selama tiga tahun memerintah negeri tersebut, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat gagal membela nasib rakyat termasuklah di dalam isu rumah kos rendah ini
Fairus seterusnya menegaskan jika apa yang diwar-warkan oleh Guan Eng itu wujud, sudah pasti beliau akan menunjukkan bukti berkenaan tanpa ada desakan daripada mana-mana pihak.
“Bukankah kerja pembangkang untuk mencari nama dan bukannya ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab. Saya yakin dan percaya jika projek perumahan kos rendah itu benar-benar wujud, sudah pasti akan kecoh satu negara. Tidak perlu “pressure” daripada mana-mana pihak,” katanya.
Beliau seterusnya menambah hipokrasi Guan Eng akan berterusan dan percaya akan makin kuat menjelangnya pilihan raya umum akan datang setelah segala tindak-tanduknya mula dihidu oleh rakyat.
Beliau menambah apa yang dilaksanakan serta yang dijanjikan oleh Guan Eng hanyalah bertujuan untuk memancing undi semata-mata dan bukannya ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju kerajaan negeri.
“Saya dah nampak perkara ini dan sebab itulah saya minta kepada seluruh rakyat terutama di Pulau Pinang agar membuka mata dan melakukan sesuatu yang terbaik untuk mereka pada pilihan raya umum nanti,” katanya.- MediaUMNO
Post a Comment