Headlines News :
Home » » Gerakan beri bayangan serah kerusinya kepada MCA

Gerakan beri bayangan serah kerusinya kepada MCA



Gerakan Pulau Pinang menggesa anggota parti itu supaya memberi sokongan penuh kepada calon daripada parti komponen lain dalam BN pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata anggota parti hendaklah bekerjasama bagi memastikan kejayaan BN dalam pilihan raya umum kelak.

"Kita perlu bekerja kuat untuk menyokong calon BN tidak kira sama ada dia daripada MCA, UMNO, MIC atau PPP," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan parti Gerakan bahagian Bayan Baru di Georgetown hari ini.

Dr Teng berkata bahagian itu hendaklah bekerja keras menyokong calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Uban, Batu Maung dan Pantai Jerejak serta parlimen Bayan Baru.

"Semua anggota parti hendaklah menyokong calon-calon di kawasan berkenaan walaupun mereka bukan datangnya daripada Gerakan.

"Tidaklah boleh diterima sekiranya anggota parti 'lemah semangat' kerana calon BN bukan daripada Gerakan," katanya.

Sejak pilihan raya umum 2008, kerusi DUN berkenaan berada dalam tangan anggota dewan undangan negeri daripada PKR iaitu S Raveentharen, Abdul Malik Abul Kassim dan Sim Tze Tzin, manakala kerusi arlimen Bayan Baru disandang oleh ahli parlimen PKR yang kini berpaling tadah menjadi wakil rakyat Bebas, Datuk Seri Mohd Zahrain Mohd Hassim.

Dr Teng menggesa anggota parti di bahagian itu membantu parti menawan balik kerusi-kerusi negeri di kawasan berkenaan yang sememangnya kubu kuat BN.
Share this post :

+ comments + 1 comments

September 6, 2011 at 1:43 AM

jangan lupa buat laporan polis Shahidan Kassim bagi surat tauliah kpd seorang bekas Komunis.
Sijil Pejuang Kemerdekaan ini di hadiahkan oleh Menteri Besar Perlis, Sahidan Kassim pada tahun tahun 2007 sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger