![]() Arif berkata, dia pernah terdengar ura-ura dia akan dipecat berikutan beberapa insiden yang berlaku namun sehingga ke hari ini, dia tidak pernah menerima sebarang surat rasmi malah tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya. “Mungkin parti (Pas) rasa bersalah apabila mereka mengeluarkan kenyataan sebelum ini terhadap saya dan sekarang mereka baru menyedarinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Arif berkata, dia tidak pernah dibuang ataupun dipanggil oleh lembaga disiplin parti itu walaupun perjuangannya itu ada kalanya menentang Kerajaan Negeri dan mencemarkan nama Pakatan Rakyat (PR). “Perjuangan saya lebih kepada perjuangan anak-anak Pulau Pinang dan secara kebetulan yang memimpin Pulau Pinang adalah PR, oleh itu orang nampak saya menentang PR sedangkan dulu masa Barisan Nasional (BN) ‘pegang’ negeri ini, saya turut melakukan perkara sama. Saya pernah membangkitkan isu perkuburan Kampung Kolam yang tercemar dengan membawa batu nisan ke pejabat Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang ketika itu disandang oleh Shabudin Yahya. “Saya sebagai anak jati Pulau Pinang, hanya memperjuangkan hak saya sebagai rakyat negeri ini, memperbetulkan apa yang tidak betul, itu sahaja. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan berikutan perjuangan saya di dalam badan bukan kerajaan (NGO) adalah berhubung hak rakyat,” katanya. Mengakui tidak lagi menerima sebarang maklumat aktiviti serta jemputan bagi menghadiri program parti itu, Arif berkata, itu tidak menjadi masalah kepadanya berikutan apa yang penting adalah perjuangannya kepada masyarakat khususnya isu-isu orang Melayu. |
Telatah Anak Zahirah Macwilson, Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen
Teruja! [VIDEO]
-
Telatah Anak Zahirah Macwilson, Inara Pujuk Isaac Raees Buatkan Netizen
Teruja! [VIDEO] Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih
dikenali ...
7 hours ago
Post a Comment