Headlines News :
Home » » Guan Eng ikrar akan pertahankan PPS dan lawan habis-habisan Ketua Polis Negara

Guan Eng ikrar akan pertahankan PPS dan lawan habis-habisan Ketua Polis Negara



P.PINANG - Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng didalam satu perjumpaan bersama anggota-anggota pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS), berjanji akan tetap mempertahankan setiap anggota terbabit dari tindakan pihak berkuasa.

 Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, menjelaskan bahawa DAP Negeri akan menjaga kebajikan setiap anggota PPS dan juga keluarga mereka yang dikenakan tindakan oleh pihak Polis. Selain itu, Guan Eng juga mahu setiap anggota PPS tidak takut atau gentar dengan ancaman oleh Ketua Polis Negara yang memberi amaran akan menahan dan mengarahkan anggota PPS menyerah diri.

Didalam perjumpaan berkenaan, Lim Guan Eng menegaskan bahawa dia bukan mahu menentang Pasukan Polis, tetapi hanya menentang Ketua Polis Negara yang disifatkannya tidak adil dan berlaku kejam. Sebelum ini, seramai 156 anggota PPS ditahan oleh Polis selepas mengingkari arahan Ketua Polis negara supaya tidak melakukan sebarang aktiviti.

Turut sama ditahan ialah Pengerusi PPS iaitu Ahli Exco Negeri Phee Boon Poh. - Utaranews.com -


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger