Headlines News :
Home » , , » PBA Pulau Pinang sertai Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Kerajaan Persekutuan

PBA Pulau Pinang sertai Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Kerajaan Persekutuan



PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap negeri-negeri di Semenanjung Malaysia akan segera turut serta dalam pelaksanaan Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air oleh Kerajaan Persekutuan agar dapat meraih faedah yang akhirnya pasti memberi faedah kepada rakyat negeri masing-masing.

Dengan penyertaan semua negeri di Semenanjung Malaysia di bawah rejim pelesenan, Perdana Menteri berkata, semua agensi dan entiti yang terlibat boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada fungsi dan tanggung jawab masing-masing di bawah inisiatif itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penandatanganan Perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang di sini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Ketika ini, Najib berkata, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis sudah memuktamadkan perjanjian yang sama. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger