Headlines News :
Home » » Manifesto : Pembangkang dah terbukti tak tunai janji

Manifesto : Pembangkang dah terbukti tak tunai janji




PERMATANG PAUH 26 Feb. - Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diumumkan pakatan pembangkang semalam jelas untuk membohongi rakyat kerana sudah terbukti mereka tidak menunaikan janji-janji pilihan raya seperti yang berlaku di Selangor.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, rakyat diminta tidak mempercayai manifesto pakatan pembangkang kerana terbukti mereka tidak menunaikan janji kepada rakyat.

"Rakyat jangan percaya manifesto yang mereka lancarkan itu. Dulu di Selangor mereka kata manifesto (pada PRU-12) bukan janji, tetapi mahkamah buat keputusan janji dalam manifesto boleh dibicarakan kerana manifesto adalah suatu janji kepada rakyat," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Puad berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keibubapaan Dalam Menangani Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Dewan Besar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Permatang Pauh di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pakatan pembangkang semalam melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Selangor dengan menawarkan pelbagai janji untuk rakyat. - UTUSAN


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger