KEPALA BATAS 12 Jun — Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Pas menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan sebagai sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkembangan terkini parti pembangkang tersebut juga menunjukkan Pas seolah-olah kehilangan arah.
“Sebelum ini Pas perjuangkan negara Islam dan tiba-tiba menukar kepada konsep negara kebajikan, nampaknya mereka hanya untuk mengumpan sokongan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini. - Bernama
Post a Comment