Headlines News :
Home » , » Ali Rustam cabar PAS gugur perkataan Islam

Ali Rustam cabar PAS gugur perkataan Islam



BUKIT MERTAJAM, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada Pas serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.

Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, UMNO menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh Pas.

“Saya rasa Pas boleh menggugurkan nama Islam pada parti mereka dan buatlah nama lain yang selari dengan konsep negara berkebajikan yang mereka canangkan.

“Apa yang saya lihat sekarang Pas tidak lagi berjuang untuk Islam, jadi ROS patut hantar surat supaya mereka tukar nama parti itu kepada nama lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, UMNO bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama.

Malah, katanya, banyak yang telah dilakukan bagi menjaga kebajikan rakyat seperti bantuan bulanan menerusi pelbagai agensi kerajaan termasuk pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger