Headlines News :
Home » » 150,000 PERWAKILAN BAKAL PILIH MT UMNO , MAMPU HINDAR POLITIK WANG

150,000 PERWAKILAN BAKAL PILIH MT UMNO , MAMPU HINDAR POLITIK WANG



Pontian: Pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO oleh 150,000 perwakilan, bukan saja bakal melahirkan pemimpin tulen, tetapi juga mampu membendung gejala politik wang serta menjadikan UMNO lebih demokratik. 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata transformasi di bawah Perlembagaan baru parti itu juga menjadi penanda aras baru dan lebih diyakini akar umbi dalam menentukan sendiri pemimpin yang mampu menerajui parti. 


“Dulu, kita ada gejala tak sihat seperti politik wang, tapi dengan Perlembagaan baru, ia dapat diredakan atau ditiadakan kerana begitu ramai akan memilih. Antara kesan utama lain kaedah baru ini ialah ia akan melahirkan pemimpin UMNO yang rajin turun padang kerana jika tak buat begitu, rakyat takkan kenal mereka. 

“Bila rakyat atau akar umbi tak kenal, mereka tidak akan berjaya merebut jawatan yang ditandingi, baik peringkat Pemuda, Puteri, Wanita atau MT,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Cawangan Perbankan Islam (CPI) Bank Simpanan Nasional (BSN) Benut dan penyerahan van jenazah kepada Masjid Jamek Kampung Lubuk Sipat, di sini, semalam.

Diadakan 5 Oktober

Pemilihan MT akan diadakan serentak mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini. Ia akan menyaksikan 150,000 perwakilan dari 191 bahagian di seluruh negara membuat pemilihan selaras pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger