PULAU PINANG 2 Okt. - Seorang pengusaha kedai serbaneka di Teluk Bahang di sini kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membatalkan lesen perniagaan tanpa alasan munasabah.
Nazirah Muhamad, 36, berkata, lesen perniagaan kedai tersebut yang beroperasi sejak 20 tahun lalu dibatalkan oleh MPPP kerana dikatakan sudah lama tidak beroperasi.
Dia mengakui pada akhir Julai hingga pertengahan Ogos lalu, kedai tersebut jarang beroperasi disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
"Saya tutup sementara waktu kerana sarat mengandung dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat, namun perkara itu dijadikan alasan untuk menutup periuk nasi kami sekeluarga.
"Di mana lagi tempat saya nak mencari rezeki sekiranya perniagaan dipaksa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ibu kepada empat orang anak itu juga percaya tindakan tersebut ada kaitan dengan kegiatan suaminya, iaitu seorang pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sering membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Sementara itu, suami Nazirah, Mohd. Rizuad Mohd. Aizuddin memberitahu, isterinya menerima notis pembatalan perniagaan daripada MPPP pada 4 Julai lalu.
Katanya, berikutan itu, isterinya membuat rayuan sebanyak dua kali kepada MPPP tetapi gagal dipertimbangkan.
"Saya ada isteri dan empat anak yang masih bersekolah untuk ditanggung dan ini merupakan salah satu punca pendapatan kami sekeluarga," ujarnya. d
Post a Comment