BUKIT MERTAJAM, 20 Okt (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.
Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata UMNO Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian UMNO yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.
"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.
"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.
Why Businesses Are Switching to a Webflow Web Design Agency
-
Introduction Choosing a website platform affects more than how a website
looks. It can influence performance, scalability, maintenance requirements
and f...
1 week ago

+ comments + 1 comments
Rakyat memang tunggu kerjasama UMNO/PAS ni. Ia penting demi Islam dan kesejahteraan ummah.
Post a Comment