Headlines News :
Home » » KERAJAAN DAP DIBIDAS PEROLEH HASIL MEMERAS DUIT POKET RAKYAT

KERAJAAN DAP DIBIDAS PEROLEH HASIL MEMERAS DUIT POKET RAKYAT



PULAU PINANG, 28 Okt – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya berkata, Kerajaan Dap Pulau Pinang cuba mendabik dada kononnya dapat perolehan pendapatan yang baik dalam mentadbir negeri tersebut berbanding ketika Barisan Nasional (BN) memerintah sedangkan hasil yang diperolehi itu adalah hasil daripada penganiayaan kepada rakyat.
Jelasnya, apa yang dimaksudnya dengan menganiaya rakyat adalah caj-caj atau cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat negeri itu terlalu tinggi contohnya kenaikan cukai kadar premium tanah, kenaikan bayaran parking, surcaj air dan lain-lain lagi.
“Kesemua caj ini tidak pernah dikenakan kepada rakyat semasa BN memerintah dahulu. Mereka mengumumkan kononnya kerajaan negeri mendapat perolehan pendapatan sekian-sekian banyak tapi sebenarnya mereka mendapat perolehan itu dengan memeras duit poket rakyat.


“Di Pulau Pinang contohnya, kutipan daripada surcaj air tidak kurang daripada RM20 juta setahun ketika mereka mengenakan kadar caj 20 sen seliter yang melepasi 35 ribu liter. Sekarang ini kadar telah dinaikkan maka sudah pasti pendapatan lebih banyak.
“Pendapatan ini secara tidak langsung digunakan oleh parti politik mereka untuk menggerak dan menjana program-program yang mirip berkepentingan kepada politik Dap selaku pemerintah. Wang yang diperolehi daripada rakyat ini tidak dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat tetapi seakan disalahgunakan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Shahbudin, pembangkang memeras duit rakyat dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka telah mentadbir negeri dengan begitu baik.
Bagi membuktikan kononnya mereka pemerintah yang baik jelas beliau lagi  bantuan-bantuan yang tidak seberapa diberikan seperti bantuan kepada warga emas dan sebagainya tetapi wang bantuan yang diberikan itu sebenarnya adalah daripada duit rakyat sendiri.
“Saya ingin mencabar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adakah mereka berani untuk mendedah dan membuktikan bahawa perbelanjaan yang disumbangkan semula kepada rakyat seperti sumbangan kepada warga emas dan lain-lain program yang mereka buat, adakah menggunakan sumber kewangan negeri ataupun diambil daripada pendapatan surcaj air atau cukai-cukai lain.
“Dan adakah jumlah wang yang dikutip hasil daripada cukai-cukai tersebut dikembalikan kesemuanya kepada rakyat?
“Mustahil mereka belanja contohnya RM20 juta untuk bagi bantuan kepada warga emas, kepada pelajar atau sebagainya. Sekarang ini mereka ambil daripada poket rakyat RM20 juta dan bagi balik mungkin tak sampai RM5 juta.. ini andaian… perolehan yang mereka dapat daripada rakyat dan disalurkan semula kepada rakyat tidak seimbang…,” katanya lagi.
Maka jelasnya, rakyat harus faham dan sedar apa yang ditohmah oleh pembangkang kepada kerajaan pimpinan BN yang kononnya tidak telus itu hanyalah sekadar satu kaedah mereka cuba menyembunyikan diri daripada dilihat yang sebenarnya merekalah yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan parti politik mereka. – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger