Headlines News :
Home » » PEMOHONAN 7 PASAR TANI BARU UNTUK RAKYAT TAK DILULUSKAN KERAJAAN DAP

PEMOHONAN 7 PASAR TANI BARU UNTUK RAKYAT TAK DILULUSKAN KERAJAAN DAP



Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak dua tahun lalu, namun tidak diluluskan sehingga kini.

Menurut beliau, tapak pasar tani itu melibatkan tiga kawasan di Seberang Perai Utara (SPU); Seberang Perai Selatan (SPS); Georgetown dan Tanjong Tokong.

Apa yang dikesalkan, tambahnya, kerajaan negeri memberi pelbagai alasan tidak munasabah dalam menolak permohonan membuka tapak pasar tani baharu itu seperti kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kita mendesak MPSP dan MBPP mengkaji permintaan ini kerana tujuannya adalah untuk kesenangan dan kebajikan penduduk tempatan.

“Umum mengetahui barang-barang yang dijual di pasar tani jauh lebih murah selain dekat dengan kawasan penempatan penduduk sekali gus dapat membantu mereka berjimat dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger