Headlines News :
Home » » Penafian Awal @NajibRazak Tentang #1MDB Tepat - @ReezalMerican

Penafian Awal @NajibRazak Tentang #1MDB Tepat - @ReezalMerican

Penafian awal yang dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri berkenaan ‎tuduhan oleh The Wall Street Journal (WSJ) berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah AS$700 (RM2.6 bilion) terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah tepat pada masanya. 
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tuduhan seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia akan menjejaskan imej negara di mata dunia. 

"Memang benar, tindakan guaman adalah inisiatif yang afdal, namun usaha 'pembersihan imej bersifat total' juga mesti dilakukan dengan kadar segera. 

"Sementara nada penafian telahpun dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri, 1MDB dan beberapa syarikat terkait dengan tuduhan tersebut; ketiadaan kenyataan jelas daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mahupun AmBank (dinamakan juga di dalam tuduhan WSJ) - mendatangkan 'kekeliruan' kepada rakyat. 

"Pada saya, inilah 'vakum' yang perlu diisi dalam sebarang usaha penafian dan penjelasan," katanya menerusi satu kenyataan medianya hari ini. 

Mengulas lanjut Reezal berkata, penubuhan sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PDRM dan Bank Negara adalah langkah yang sangat tepat. 

"Pasukan petugas khas ini mesti diberikan pengupayaan dalam segala segi bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan untuk tujuan tersebut. 

"Saya menggesa, pasukan petugas khas ini bertindak benar-benar di atas jalur kepentingan 'nasional' dan tidak sama sekali tunduk kepada sebarang tekanan; baik daripada mana-mana individu mahupun pihak media," katanya. 

Reezal berkata ‎secara peribadi, beliau melihat ada 'hikmah' di sebalik serangan yang berat dan tajam ini.

Dalam pada itu, beliau berkata tuduhan seperti ini mempunyai kesan kepada sokongan rakyat kepada kerajaan. “Justeru, ianya mesti ditangani dengan pantas atau kita akan meletakkan imej parti dan kerajaan di dalam keadaan yang tertekan," ujarnya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger