Home »
UMNO Penang
» SHAHRIZAT NASIHAT WARGA EMAS & IBU TUNGGAL HATI-HATI TAKTIK MINTA MYKAD
PERMATANG PAUH - Golongan wanita dan ibu tunggal perlu berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu menggunakan taktik kotor untuk menghalang mereka keluar mengundi, Khamis ini.
Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ada maklumat yang diperoleh mengenai cubaan pihak tertentu bagi menghalang pergerakan golongan berkenaan keluar mengundi.
Beliau berkata, pasukan pemantau BN tidak teragak-agak membuat laporan polis jika ada pihak yang cuba melakukan taktik jahat itu.
“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi ini adalah maklum balas yang kami terima sepanjang gerakan turun padang oleh jentera Wanita BN.
“Pengundi wanita dan ibu tunggal jangan serah MyKad kepada sesiapa pun dan bersiap sedia lebih awal pada 7 Mei ini untuk mengundi,” katanya selepas menghadiri sambutan hari ibu bersama penduduk Kampung Tanah Liat, semalam.
Turut hadir, calon BN, Suhaimi Sabudin bersama isterinya, Firyal Harlina Napiah dan kedua-dua ibu mereka.
Shahrizat turut mengingatkan pengundi Permatang Pauh supaya tidak lagi terpedaya dengan calon yang mempunyai kepentingan politik keluarga.
Beliau melahirkan kekesalan apabila rakyat di Permatang Pauh dinafikan hak mendapat pembelaan serta keadilan sama seperti penduduk di kawasan lain.
Menurutnya, pengundi Permatang Pauh perlu menggunakan kesempatan yang ada pada 7 Mei nanti untuk membebaskan diri mereka dari permainan politik pihak tertentu.
“Saya percaya pengundi di sini mengharapkan pemimpin yang sentiasa ada dan dekat dengan mereka supaya mudah menyampaikan masalah yang timbul dan bukan terus hilang selepas menang.
“Sebab itu saya beri jaminan perkara itu tidak akan berlaku jika Suhaimi dipilih kali ini kerana beliau adalah anak tempatan dan faham dengan masalah setempat,” katanya.
Post a Comment