Headlines News :
Home » » KHAIRY GESA PENGUNDI MUDA BERI PELUANG CALON BN BERKHIDMAT

KHAIRY GESA PENGUNDI MUDA BERI PELUANG CALON BN BERKHIDMAT




BUKIT MERTAJAM – Keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.44 Parlimen Permatang Pauh bertujuan memberikan nafas baru dan mampu mengetengahkan idea baharu dalam soal pembangunan di kawasan ini.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata, sudah begitu lama, Parlimen Permatang Pauh tidak diwakili BN, dan kini BN menampilkan Suhaimi Sabudin, 44, sebagai calon terbaik pada PRK Permatang Pauh kali ini.
Katanya kawasan Parlimen Permatang Pauh mempunyai jumlah pengundi muda yang agak ramai iaitu kira-kira 43 peratus daripada 71,890 pengundi, dan sehubungan itu, jentera Pemuda BN perlu bekerja keras menumpukan usaha kepada pengundi muda.
“Calon kami datang daripada kilang Pemuda dan pernah jadi Naib Ketua Pemuda Bahagian pada penggal lepas. Diharap pengundi muda dapat beri peluang kepada calon kami untuk berkhidmat. Kami tidak tumpu kepada calon lawan, kami tumpu kepada kempen kami.
“Kami sedia maklum calon parti lawan adalah orang sama pernah jadi wakil rakyat (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), tetapi kami tampilkan anak tempatan, yang saya percaya ada tarikan juga,” katanya lagi.
“Di pihak Pemuda BN, saya ingatkan jentera supaya profesional bawa diri, berhemah dalam berkempen. Tak perlu provokasi termasuk di pihak pembangkang. PRK ini tiada pertaruhan, siapa menang pun tidak dapat membentuk kerajaan. PRK biasa, tak perlu terbawa-bawa,” katanya.
Dalam PRK P.44 Permatang Pauh kali ini BN tidak akan menukar taktik atau teknik berkempen dan masih mengekalkan cara yang sama iaitu tidak akan melakukan provokasi ke atas penyokong pembangkang.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger