Sebaliknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan bekerja keras secara bijak bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil tersebut.
“Saya sebagai Pengarah (PRK) BN di Permatang Pauh, bagi saya permasalahan pihak lawan tidak termasuk dalam perkiraan dan perhitungan parti.
“Soal pergolakan atau perlagaan parti politik dalam pakatan pembangkang, itu masalah mereka dan kami tidak ambil fikiran itu sebagai keuntungan politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persatuan Alumni ESQ Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Jumaat lalu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Yusni Mohd. Piah memberi kata dua kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri untuk menarik balik dan memohon maaf berhubung desakan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada parti itu.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama di Permatang Pauh selagi AMK negeri itu dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang tidak menarik balik kenyataan ke atas Abdul Hadi berhubung isu hudud.
Bagaimanapun, Timbalan AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak mempedulikan desakan Dewan Pemuda Pas negeri supaya mereka memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang menggesa Abdul Hadi meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, parti-parti komponen dalam BN perlu bersatu dan bekerja keras bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil tersebut.
“Kita harus kerja dengan serius, kuat tetapi dengan kebijaksanaan dalam meraih kemenangan. Kalah dalam tangan, menang belum tentu tetapi yang penting BN harus memperlihatkan kesepaduan jentera dalam kalangan parti komponen,” jelasnya.
Post a Comment