Headlines News :
Home » » UMNO SEDIA TAWAN SEMULA PERMATANG PAUH

UMNO SEDIA TAWAN SEMULA PERMATANG PAUH






Jentera pilihan raya Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang kini hanya menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan parti untuk digerakkan dalam usaha menawan semula Parlimen Permatang Pauh sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen berkenaan diadakan kelak.

Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, meskipun kawasan tersebut dikuasai oleh pembangkang sejak sekian lama, UMNO negeri bersedia menjalankan tanggungjawab menarik semula keyakinan penduduknya untuk kembali meyakini Barisan Nasional (BN) kerana sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

"Kita bersedia turun padang bertemu para pengundi Permatang Pauh dan bergerak dalam satu pasukan yang mantap sekiranya perlu berhadapan dengan PRK di parlimen terbabit."

"Sekarang kita hanya menanti isyarat daripada pucuk pimpinan parti dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum memulakan gerak kerja sebagai jentera pilihan raya untuk UMNO dan BN," katanya kepada pemberita di Kepala Batas, P. Pinang, semalam.

Selasa ini merupakan hari penamat bagi tempoh rayuan pengampunan penyandang Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hampir pasti diadakan sesudah tamatnya tempoh tersebut.

Reezal Merican ketika ditanya mengenai calon BN sekiranya PRK diadakan, beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas dengan tegasnya berkata, UMNO negeri masih belum memutuskan calon bagi mewakili BN.

"Tetapi tidak kira siapa pun calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti kelak, UMNO ne­geri akan menyokong dan berharap semua pihak khususnya di peringkat bahagian menerima ketetapan terbabit serta terus bekerja sebagai satu pasukan demi kemenangan," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Permatang Pauh mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mazlan Ismail. Anwar mendapat undian sebanyak 37,090, manakala Mazlan pula mendapat 25,369 undian
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger